31 OGOS 2012 -
adalah hari kemerdekaan dan juga masih lagi terasa suasana hari raya aidilfitri . mereka diluar sana teramat seronok menyambut hari tersebut pada sebelah pagi . kanak-kanak mahupun dewasa . melihat acara-acara yang dianjurkan , melihat perarakan pun menyertai .
tapi lain bagi keluarga kami . kami satu keluarga berkampung di hospital besar Raja Permaisuri Bainun . bergilir-gilir kami menjaga OPAH tercinta . keluarga dari jauh juga datang untuk menziarahi OPAH yang terlantar sakit . pelbagai jenis wayar yang dipasangkan dibadan OPAH . sungguh kasihan kami melihat nya .
Pada sebelah malam , selesai bacaan yassin untuk OPAH kami satu keluarga menerima panggilan dan terus ke hospital . semua anak-anak dan cucu-cucu nya berada dihadapan nya . itulah permintaan nya sebelum OPAH tidak sedarkan diri . kami bergilir-gilir menngucapkan sesuatu kepada OPAH . pada jam 11 lebih doctor mengesahkan OPAH kami sudah mengadap ilahi . amat perit untuk menerima kenyataan tapi kami semua redha dan ikhlaskan pemergiannya . gelak tawa , senyuman , suara , wajah nya masih segar di ingatan .
Alhamdulillah , kami sebagai cucu-cucu nya dapat merasai memandikan jenazah dan mengkapankan arwah .
sebagai seorang cucu yang jauh dan jarang balik ke sana , Alhamdulillah . amat berpuas hati dapat menjaga arwah walaupun sekejap . dan terasa sangat bernasib baik kerana sempat menemani arwah untuk membuat beberapa pemeriksaan . satu kenangan yang tidak dapat dilupakan satu malam semasa menjaga arwah , arwah mengusap pipi dan merenung tepat pada muka saya . sayu melihat wajahnya yang menahan kesakitan , terasa sebak dengan cara arwah , tidak pula mengalirkan air mata di hadapan arwah malah menyuruh arwah tidur dengan suara yang tersekat-sekat menahan sebak didada .
Pemergian arwah teramat kami terasa kehilangan tetapi kami redha kerana yang hidup pasti akan mati . tidak kira tua ataupun muda .
AL-FATIHAH .
